Teminsri Construction Sdn.Bhd v Central Spectrum (M) Sdn Bhd
ba-22ncvc-112-03-2023 High Court (Mahkamah Tinggi) 25 September 2025 • BA-22NCvC-112-03/2023 • 27 min read
10 cases cited
(0 SG, 10 foreign)
Catchwords
BICARA PENUH: Konflik antara plaintif dan defendan tercetus selepas Perjanjian Hak Pembangunan atau Development Rights Agreement gagal dimuktamadkan untuk cadangan projek pembangunan tanah defendan yang terletak di Lot 159227 PN 112462, Pulau Indah, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor yang dipegang di bawah 20 hakmilik-hakmilik individu (tanah tersebut) – Plaintif menjalankan perniagaan penyewaan jentera berat, pengangkutan dan kejuruteraan awam telah mengemukakan Cadangan Pembangunan kepada MBI pada 9.5.2019 yang dimajukan bersama deposit RFP berjumlah RM1,000,000 – Defendan merupakan pemilik berdaftar tanah Lot 159227 tersebut – Defendan melantik Menteri Besar Incorporation (MBI) untuk menyelaras pengeluaran Request For Proposal (RFP) dan plaintif telah terpilih memajukan hartanah tersebut dan Letter of Conditional Acceptance of Tender telah ditandatangani oleh plaintif berserta pengeukaan Surat Klarifikasi Pertama dan Kedua – Setelah beberapa siri semakan draf dan rundingan, plaintif menuntut supaya defendan memuktamadkan draf Perjanjian Hak Pembangunan, namun gagal. Plaintif kini menuntut pelaksanaan spesifik dan secara alternatif untuk ganti rugi termasuk pengembalian wang deposit. UNDANG-UNDANG KONTRAK: Sama ada terdapat suatu Perjanjian Hak Pembangunan atau Development Rights Agreement (DRA) yang 12 muktamad dan mengikat antara plaintif dan defendan untuk tanah Lot 159227 tersebut – Sama ada terdapat suatu pelanggaran kewajipan suci hati dan/atau urusan adil oleh defendan untuk menyelesaikan tindakan Permintaan untuk Cadangan Request For Proposal (RFP) dan untuk memuktamadkan dan melaksanakan Perjanjian Hak Pembangunan tersebut – Sama ada plaintif berhak untuk mendapat remedi yang dituntut dalam perenggan 26 Pernyataan Tuntutan Terpinda – Seksyen 7(a) Akta Kontrak 1950.
Judges (1)
Counsel (6)
Statutes Cited
Evidence Act 1950 (Cap 56)
Cases Cited (10)
MY (10)
[1963] 29 MLJ 169 [1969] 2 MLJ 110 [1981] 1 MLJ 139 [1994] 1 MLJ 740 [1994] 2 MLJ 754 [2008] MLJU 377 [2014] 4 AMR 301 [2014] 4 MLJ 465 [2014] 6 CLJ 269 [2023] 3 MLJ 503
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (ba-22ncvc-112-03-2023)