Sri Bayanaemas Realty Sdn Bhd v Acasys Technology Sdn Bhd

ba-22ncvc-380-09-2022 High Court (Mahkamah Tinggi) 29 September 2025 • BA-22NCvC-380-09/2022 • 8 min read
2 cases cited (0 SG, 2 foreign)

Catchwords

BICARA PENUH: Plaintif dan defendan memasuki Perjanjian Pembangunan Bersama bertarikh 8.8.2013 (perjanjian tersebut) untuk memajukan tanah plaintif yang terletak di H.S(D) 158764, PT 4, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Negeri Selangor – Kedua-dua pihak bersetuju supaya tanah tersebut dimajukan untuk Pembangunan yang dikenali Cadangan Meroboh Bangunan Kilang Sedia Ada Dan Membina 1 Blok Perdagangan 6 Tingkat dan Roof Garden berserta 1 Tingkat Basement yang keseluruhan keluasan 335,000 kaki persegi – Plaintif dan defendan telah memasuki empat adendum di bawah perjanjian tersebut yang memberi kesan mengubah dan meminda terma-terma perjanjian tersebut melalui gabungan terma-terma tambahan addendum – Perjanjian tersebut adalah tertakluk kepada syarat terdahulu khasnya Adendum IV bertarikh 19.5.2018 telah meminda Seksyen 9.3 perjanjian tersebut – Defendan telah memperolehi kelulusan bagi Pembaharuan Kebenaran Merancang pada Nisbah asal plot 2.5 pada 27.4.2021 menurut seksyen 3.2.1 Perjanjian tersebut dan akses terus dari Lebuhraya Persekutuan ke tapak projek pada 26.7.2018 selaras dengan seksyen 9.3A(i) Adendum IV - Kkenaikan nisbah plot menurut Seksyen 9.3A (ii) Adendum IV yang diminta oleh plaintif masih belum diperoleh oleh defendan. UNDANG-UNDANG KONTRAK: Tuntutan plaintif berikutan pemecahan kontrak bagi Perjanjian Pembangunan Bersama – Sama ada defendan melanggar Klausa H Adendum IV Perjanjian Pembangunan Bersama (“PPB”) atas dasar kegagalan kononnya untuk memulakan dan/atau menyelesaikan projek tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan, iaitu pada 7.8.2021 – Sama ada defendan melanggar PPB dibaca bersama Adendum-Adendum atas dasar kegagalan kononnya untuk membayar jumlah pampasan tertunggak sebanyak RM4,684,800.00 (daripada jumlah pampasan sebanyak RM7,000,000.00) kepada plaintif selaras dengan Klausa G Adendum IV PPB – Sama ada defendan melanggar PPB dibaca bersama Adendum-Adendum atas dasar kegagalan kononnya untuk membayar Cukai Tanah dan Taksiran untuk tahun 2020 dan 2021 selaras dengan Seksyen 4.4 PPB – Sama ada plaintif telah menamatkan PPB secara sah di sisi undang-undang – Sama ada defendan berhak kepada tuntutan perlaksanaan spesifik (‘specific performance’) PPB dan/atau ganti rugi dan kerugian serta perbelanjaan yang berbangkit daripada penamatan PPB tersebut – Sama ada plaintif telah menerima/menikmati manfaat daripada kerja-kerja defendan kononnya dalam mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang, kelulusan akses terus dari Lebuhraya Federal ke tapak, dan kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan daripada pihak-pihak berkuasa? UNDANG-UNDANG KETERANGAN: Beban bukti – seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950.

Judges (1)

Counsel (4)

Parties (2)

Cases Cited (2)

MY (2)
[1994] 1 CLJ 15 [1994] 3 MLJ 777

Judgment

Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.

Read on eJudgment

Source: eJudgment (ba-22ncvc-380-09-2022)