CHANDRA A/L SUBRAMANIAM v 1. ) Sambath Rao A/l Perumal 2. ) Katigesu A/l Sinnapan 3. ) Rasa Selvan A/l Karuppiah 4. ) Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Selangor

ba-23ncvc-8-03-2025 High Court (Mahkamah Tinggi) 7 December 2025 • BA-23NCvC-8-03/2025 • 16 min read
2 cases cited (0 SG, 2 foreign)

Catchwords

TUNTUTAN SIVIL: Plaintif ialah ahli seumur hidup dan pemegang amanah Kuil Siva Subramaniar, Semenyih yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi - Jawatankuasa Pengurusan Kuil Siva Subramaniar, Semenyih, Selangor pada 21.4.2024 dan 26.11.2024 telah membatalkan keahlian seumur hidup dan jawatan plaintif sebagai Timbalan Pengerusi – Kuil Siva Subramaniar Semenyih (No. Pendaftaran: PPM-001-10-23061980) didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23.6.1980 – Defendan pertama, kedua dan ketiga merupakan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kuil yang masing-masing memegang jawatan sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha. Manakala defendan keempat ialah Pengarah Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia – Selepas disingkirkan pada 21.4.2024, plaintif mengadu kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia bahawa penamatan keahliannya tidak sah dan tidak teratur kerana bercanggah dengan Perlembagaan Kuil – Defendan kedua dilantik menggantikan plaintif sebagai Timbalan Pengerusi – Sama ada pembatalan keahlian seumur hidup plaintif menurut Artikel 8 dalam pertubuhan yang dikenali sebagai Kuil Siva Subramaniar, Semenyih adalah sah – Sama ada pelantikan defendan kedua sebagai Timbalan Pengerusi Kuil adalah tidak sah dan terbatal – Sama ada plaintif berhak kepada ganti rugi yang dituntut untuk dibayar bersesama dan berasingan oleh defendan pertama, kedua dan ketiga dalam kapasiti peribadi mereka masing-masing – Sama ada plaintif mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini. BEBAN BUKTI: Beban bukti terletak di bahu plaintif - Seksyen 101 Akta Keterangan 1950.

Judges (1)

Counsel (5)

Parties (5)

Statutes Cited

Cases Cited (2)

MY (2)
[1980] 2 MLJ 92 [2017] 5 MLJ 292

Judgment

Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.

Read on eJudgment

Source: eJudgment (ba-23ncvc-8-03-2025)