1. ) VIJAYALETCHUMY A/P VIRAMMALLY 2. ) MANIARARASU A/L PANNIR CHELVAM v PUVANESWAREN A/L PITCHAYA
Catchwords
Rayuan sivil - rayuan Plaintif-plaintif terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang memutuskan Prakash a/l Maniararasu (“Simati”) dan Defendan masing-masing bertanggungan sebanyak 50% - Plaintif-plaintif sebagai ibu dan bapa Simati merayu terhadap keputusan tersebut berkaitan dengan isu liabiliti sahaja. Prinsip Mahkamah dalam mendengar rayuan - sebagai mahkamah yang mendengar rayuan, mahkamah ini hendaklah perlahan dalam mengganggu dapatan HMS melainkan beliau jelas salah iaitu tidak cukup menilai keterangan yang dikemukakan, bertindak atas prinsip undang-undang yang salah atau tersalah arah mengenai fakta atau undang-undang. Kemalangan jalan raya - pegawai penyiasat sepatutnya tidak memasukkan apa-apa elemen dengar cakap dalam pelan rajah kasar - sekiranya dimasukkan, elemen tersebut tidak memberi apa-apa makna dan tidak mempunyai nilai - pecahan kaca, kesan brek dan kedudukan motorkar menjadi panduan berguna dalam menentukan liabiliti dalam sesuatu kes kemalangan - pegawai penyiasat mempunyai tanggungjawab untuk menghubungi mana-mana pihak yang mempunyai bukti dan memeriksa kesahihannya - dalam ketiadaan keterangan yang bertentangan, adalah selamat untuk Mahkamah berpandukan kepada tempat di mana kesan serpihan kaca dijumpai sebagai titik pertembungan.
Judges (1)
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (bl-12b-9-06-2024)