1. ) SURYA FITNESS PLT 2. ) SURYA FITNESS (BBR) PLT 3. ) SURYA PILATES PLT v LOO SOOK CHIN
Catchwords
Prosedur sivil - permohonan Plaintif-plaintif bagi mendapatkan perintah injunksi - s. 50 Akta Relif Spesifik 1950 memberi kuasa kepada mahkamah untuk membenarkan sesuatu permohonan injunksi Permohonan injunksi - isu-isu yang diketengahkan oleh pihak-pihak sama ada Plaintif-plaintif mahupun Defendan, secara tidak langsung menunjukkan bahawa saman ini melibatkan isu serius serta memerlukan suatu perbicaraan - pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan oleh kedua-dua pihak terhadap pihak yang satu lagi jelas menggambarkan isu yang terdapat dalam saman ini bukanlah berbentuk remeh atau menyusahkan - sekiranya wujud bukti bahawa Ong menyalahgunakan wang Plaintif-plaintif, Defendan perlu membawa perkara ini ke pengetahuan pihak berkuasa dan bukannya mengambil jalan mudah dengan membekukan akaun Plaintif-plaintif semata-mata - tiada justifikasi yang memuaskan diberikan oleh Defendan mengapa beliau wajar diberikan ruang untuk campur tangan dan mengganggu urusan harian Plaintif-plaintif - hasrat Defendan untuk menamatkan perkongsian dalam Plaintif-plaintif bukanlah alasan yang kukuh untuk Defendan mengganggu perniagaan Plaintif-plaintif serta mengeluarkan pernyataan yang berunsur fitnah terhadap Plaintif-plaintif - penamatan perkongsian dan aduan mengenai penyalahgunaan wang Plaintif-plaintif wajar ditangani secara professional serta menurut undang-undang dan bukan mengikut emosi.
Judges (1)
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (bl-22ncc-22-11-2025)