GAINHILL MARKETING SDN. BHD. v PDC AUTO (KUANTAN) SDN. BHD.

ca-22ncvc-23-06-2023 High Court (Mahkamah Tinggi) 4 February 2026 • CA-22NCvC-23-06/2023

Catchwords

Permohonan ini merupakan permohonan Plaintif untuk meminda Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan melalui satu Notis Permohonan. Melalui permohonan tersebut, Plaintif mencadangkan beberapa pindaan kepada pliding asal. Setelah meneliti cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Plaintif serta Afidavit Jawapan Defendan, Mahkamah mendapati bahawa sebahagian pindaan yang dicadangkan tidak dibantah secara khusus oleh Defendan. Pindaan yang tidak dibantah adalah melibatkan penjelasan lanjut kepada fakta yang telah dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan asal, pembetulan kronologi peristiwa serta penambahan butiran terhadap fakta yang telahpun diplidkan. Pada hemat Mahkamah, pindaan sedemikian tidak mengubah asas tuntutan Plaintif, tidak memprejudiskan Defendan dan tidak memperkenalkan sebarang kausa tindakan baharu, selaras dengan prinsip yang digariskan dan wajar dibenarkan. Bagi pindaan yang dibantah, Mahkamah mendapati bahawa baki pindaan yang dibantah oleh Defendan melibatkan perubahan yang lebih substansial kepada pliding asal di mana pindaan tersebut melibatkan perubahan yang ketara kepada dakwaan representasi, penglibatan pihak-pihak tertentu serta kronologi fakta yang dikatakan berlaku bertahun-tahun sebelum tindakan ini dimulakan. Pindaan sedemikian tidak wajar dibenarkan kerana berpotensi mengubah karakter tuntutan asal serta menimbulkan prejudis kepada Defendan yang tidak boleh dipulihkan melalui kos semata-mata. Setelah menimbangkan keseluruhan afidavit, hujahan pihak-pihak serta prinsip undang-undang yang terpakai, Mahkamah berpuas hati bahawa hanya sebahagian daripada cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Plaintif wajar dibenarkan

Judges (1)

Parties (2)

Judgment

Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.

Read on eJudgment

Source: eJudgment (ca-22ncvc-23-06-2023)