ANUGERAH PRIBUMI SDN. BHD. v KUANTAN PORT CONSORTIUM SDN. BHD
Catchwords
Kontrak — Tuntutan akibat pemecahan kontrak bagi pemunggahan barangan — Surat Tawaran bagi pemunggahan barangan dari kapal — Sama ada Plaintif gagal mematuhi syarat duluan - Defendan gagal membuktikan Plaintif telah tidak mematuhi syarat duluan, kerana tiada bukti menunjukkan Defendan telah memaklumkan kegagalan tersebut secara bertulis, seperti dikehendaki oleh klausa 3 Perjanjian — Sama ada kontrak terbatal kerana kekecewaan kontrak — Rujukan kepada Akta Kontrak 1950, ss 57, 73 dan sama ada berjaya memenuhi ujian yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Kin Nam Development Sdn Bhd v Khau Daw Yau [1984] 1 CLJ (Rep) 181. Keterangan — Terma kontrak bertulis — Sama ada keterangan lisan boleh mengatasi terma bertulis — Akta Keterangan 1950, ss 91, 92 - Keperluan mengemukakan keterangan mengenai kerja-kerja yang telah dilaksanakan bagi maksud pelaksanaan Perjanjian antara Plaintif dengan pihak ketiga. Syarikat — Turquand Rule — Pihak ketiga berurusan dengan syarikat — Sama ada boleh bergantung kepada andaian urusan dalaman syarikat sah — Royal British Bank v Turquand [1866] 6 E&B 327; Hew Sook Ying v Hiw Tin Hee [1992] 1 CLJ (Rep) 120 Gantirugi — Kehilangan keuntungan — Kewajipan membuktikan sama ada loss of probable contract atau loss of possible contract — Prinsip dalam kes Ngooi Ku Siong v Aidi Abdullah [1984] 1 CLJ Rep 294; Cubic Electronics Sdn Bhd v Mars Telecommunications Sdn Bhd [2019] 6 MLJ 15 dirujuk. Obiter dicta — Amalan kontrak pelabuhan — Ketidakselarasan dokumentasi — Keperluan perjanjian formal terperinci — Pemeteraian kontrak bernilai RM13.412 juta melalui surat tiga halaman adalah tidak munasabah. Mahkamah mengesyorkan dokumen diterjemah kepada Perjanjian formal dengan terma serta syarat lengkap dan terperinci. Teguran jika amalan ini lazim di pelabuhan, pihak berkuasa pelabuhan hendaklah menggubal/menetapkan standard dokumentasi yang sesuai bagi memastikan kepastian komersial dan pematuhan.
Judges (1)
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (ca-22ncvc-8-02-2019)