NORHAZRI BIN MUHAMMAD NOR v Pendakwa Raya [Pendakwa Raya]
Catchwords
- Ini merupakan permohonan yang difailkan oleh pemohon melalui satu Notis Usul berserta kertas kausa yang berkaitan. Matan kepada permohonan Notis Usul tersebut ialah memohon dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraannya selesai yang mana beliau menghadapi satu pertuduhan di bawah seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat)1971 (selepas ini disebut ASPLB 1971). - “Bahawa kamu bersama-sama pada 25.09.2025 jam lebih kurang 5.00 petang bertempat di bawah jambatan Gong Kulim Pasir Puteh Tok Bali, Kelantan dengan niat bersama telah melakukan rompakan yang merupakan kesalahan berjadual dengan mempamerkan senjata api dengan cara yang boleh mendatangkan ketakutan kepada mana-mana orang bahawa dia akan mati. Dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Hendaklah dihukum dengan penjara seumur hidup dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali. - Berdasarkan keseluruhan pertimbangan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan di Kandungan 1 iaitu Notis Usul ini ditolak kerana tidak bermerit berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dijelaskan. - Tiada asas untuk Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya bagi membenarkan ikat jamin terhadap pemohon. Keputusan Hakim Sesyen Mahkamah Kota Bharu terhadap pemohon vide no kes: DA-62-38-10/2025 adalah dikekalkan.
Judges (1)
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (da-44-18-03-2026)