Subash Hassan Bin Aboo Hanifa v Pendakwa Raya

pa-42k-3-02-2025 High Court (Mahkamah Tinggi) 3 December 2025 • PA-42K-3-02/2025

Catchwords

Pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan- Prinsip undang-undang yang terpakai berkait dengan rayuan atas keputusan Mahkamah Rendah- Merujuk kepada kes - RAMES BATHUMALAI lwn. PP [2023] 1 LNS 148- Mahkamah yang mendengar rayuan juga mempunyai kuasa untuk menyemak dan menilai semula kesemua keterangan yang telah dikemukakan walau pun terdapat kekurangan atau kegagalan di pihak hakim bicara untuk membuat penilaian terhadap mana-mana keterangan atau membuat sesuatu dapatan di dalam alasan penghakimannya - Isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi- [i] Sama ada terdapat salah bicara berkaitan pindaan pertuduhan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen- Kedudukan undang-undang berkait dengan pindaan pertuduhan adalah jelas dan mantap iaitu pindaan boleh dibenarkan pada bila-bila masa sebelum penghakiman diberikan- Rujuk Seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah- Seksyen 162 Kanun Tatacara Jenayah memberikan hak kepada pihak-pihak untuk memanggil dan memeriksa semula mana-mana saksi berkait dengan pindaan tersebut-[ii] sama ada Perayu Terkeliru/Diprejudiskan dengan Pindaan Pertuduhan- hanya lah satu pemikiran terkemudian sahaja-fakta bahawa Perayu sendiri adalah bekas seorang peguam, Perayu juga pada setiap masa dan di sepanjang perbicaraan yang dijalankan adalah diwakili oleh seorang peguam yang sama- [iii] sama ada Sijil Faraid baharu diperlukan- pembelaan Perayu bahawa wang jualan tersebut disimpannya kerana menunggu pengeluaran sijil faraid baru adalah hanya satu helah dan tidak lebih dari satu pemikiran semula sahaja di pihak Perayu- [iv] Isu berkenaan Hukuman- sama ada hukuman yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen mencukupi-Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman pemenjaraan mandatori yang tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun- hukuman minima iaitu dua tahun penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen bagi setiap pertuduhan dan semuanya berjalan serentak adalah tidak mencukupi- hukuman 6 tahun penjara yang berjalan serentak bagi ketiga-tiga pertuduhan adalah setimpal dan wajar dengan mengambil kira fakta dan hal keadaan kes ini - -sama ada Perayu sebagai seorang OKU menjadikan secara otomatik wajib kepada Mahkamah ini menjatuhkan hukuman pemenjaraan yang minima atau singkat kerana perlu mempertimbangkan kesukaran bagi pesalah ini menjalani kehidupan di penjara.

Judges (1)

Parties (2)

Judgment

Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.

Read on eJudgment

Source: eJudgment (pa-42k-3-02-2025)