MOHD FARIDSHAH ABIDIN BIN MOHD RIZUAN v Pendakwa Raya
Catchwords
kesalahan di bawah seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) Akta yang sama di Mahkamah Sesyen Jenayah (Georgetown), Pulau Pinang. HMS telah menolak permohonan untuk jaminan tersebut atas alasan pertuduhan yang dikenakan adalah bagi suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) ADB, dengan itu, adalah ‘tidak boleh jamin’ (unbailable) selaras dengan Seksyen 41B ADB 1952. hujahan Pemohon adalah, berdasarkan otoriti di atas, HMS telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apa bila gagal mempertimbangkan bahawa seksyen 39C ADB, hanyalah satu peruntukan hukuman lebih berat (enhanced penalty) dan bukannya peruntukan yang memperuntukkan satu kesalahan (offence) yang substantif. Kesalahan (offence) sebenar yang dipertuduhkan terhadap Pemohon adalah melakukan kesalahan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB. Kesalahan ini pula, adalah satu kesalahan yang lazimnya boleh dijamin (non-bailable) dan bukan termasuk dalam senarai kategori kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dijamin (unbailable) di bawah Seksyen 41B ADB.Mahkamah ini menyimpulkan bahawa isu-isu yang perlu diputuskan adalah: 1) Dengan mengambil kira peruntukkan seksyen 41B (b) ADB 1952, adakah seseorang yang dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39C (1) ADB, iaitu dengan pemenjaraan yang tidak kurang dari lima (5) tahun dan tidak melebihi tujuh (7) tahun, boleh diberikan jaminan sementara menunggu penyelesaian perbicaraan atas pertuduhan tersebut. 2)Adakah kegagalan menyatakan butiran-butiran sabitan lalu di dalam pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39C (1) Akta yang sama, yang digarap dibawah peruntukan seksyen 152 (6) KTJ menjadikan pertuduhan tersebut cacat (defective), bad in law, memprejudiskan dan mengakibatkan kegagalan keadilan kepada tertuduh, justeru harus dibatalkan.Keperluan undang-undang adalah jelas, bahawa apabila merangka pertuduhan terhadap tertuduh yang telah mempunyai sabitan lampau dan pendakwaan berhasrat untuk membuktikan sabitan lampau berkenaan bagi mengaktifkan pemakaian peruntukan hukuman lebih berat bagi kesalahan yang dipertuduhkan (dalam konteks semakan ini adalah seksyen 39C ADB 1952) maka, pertuduhan tersebut hendaklah digarap selaras dengan peruntukan seksyen 152 (6) KTJ. Jelas dari peruntukan Seksyen 156 (6) KTJ ini bahawa butir-butir sabitan perlu dinyatakan di dalam pertuduhan yang digubal di bawah peruntukan ini. Penggunaan perkataan ‘shall’ jelas menunjukkan bahawa pematuhan (compliance) kepada keperluan memberikan butiran sabitan lampau iaitu the fact, date and place of the previous conviction adalah satu tuntutan yang mandatori dan wajib dipenuhi.Oleh yang demikian, kegagalan menyatakan butiran mengenai fakta dan tempat kesalahan bagi dua (2) sabitan lampau yang dinyatakan di dalam pertuduhan terhadap Pemohon, adalah satu pelanggaran kepada kehendak mandatori dalam seksyen 152 (6) KTJ. Sebagai satu pertuduhan yang digarap di bawah Seksyen 152 (6) KTJ, pertuduhan terhadap Pemohon pada peringkat ini tidak boleh mendedahkan sebarang keterangan mengenai sabitan lampau yang dipertuduhkan terhadap Pemohon. Bahagian pertuduhan yang mengandungi butiran sabitan lampau Pemohon yang dipertuduhkan hanya boleh dikemukakan, dibacakan kepada Tertuduh/Pemohon dan diambil pengakuan Tertuduh/Pemohon terhadapnya pada peringkat kedua prosiding, iaitu, setelah sabitan bagi kesalahan yang dipertuduhkan di bawah Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 diperolehi. [21] Dapatan Mahkamah ini adalah bersandarkan kepada peruntukan Seksyen 253 KTJ. Seksyen 253 KTJ ini adalah satu peruntukkan yang mengariskan prosedur dan tatacara perbicaraan yang perlu diikuti apabila melibatkan pertuduhan yang digarap di bawah peruntukkan Seksyen 152 (6) KTJ. Untuk kemudahan rujukan, peruntukan seksyen 253 KTJ. Pembacaan kepada Seksyen 253 KTJ ini jelas menunjukkan bahawa apabila sesuatu pertuduh
Judges (1)
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (pa-43-3-02-2024)