GREGORY STEVEN JENKINS v Pendakwa Raya [TIMBALAN PENDAKWA RAYA]

pa-43-3-06-2023 High Court (Mahkamah Tinggi) 27 April 2025 • PA-43-3-06/2023

Catchwords

Ini merupakan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Pemohon terhadap Keputusan Koroner setelah Prosiding Inkues dijalankan- Mahkamah Koroner memutuskan keputusan Verdict Terbuka atas kematian si mati (An Open Verdict)- Inkues di Mahkamah Koroner berkenaan telah diadakan selaras dengan s. 339 (1) KTJ-Analisa dan Dapatan Mahkamah Tinggi- sama ada simati meninggal dunia akibat penyakit (natural death)- tiada rekod yang menunjukkan si mati mengidap apa-apa penyakit atau pernah mengalami apa-apa masalah kesihatan yang serius- verdict mati akibat penyakit adalah diketepikan- sama si mati telah membunuh diri- tiada tanda-tanda sedang bersedih, mengalami kemurungan/depressi, ada masalah dalam perhubungan dengan suaminya atau berkecenderungan membunuh diri- tiada apa-apa nota bunuh diri (suicide note) dijumpai di bilik hotel di mana si mati menginap- adalah dapatan Mahkamah ini bahawa verdict bunuh diri juga adalah boleh diketepikan- sama ada simati telah ditimpa kemalangan yang meragut nyawanya (misadventure)- mati akibat kemalangan adalah terlalu jauh (remote) dalam hal keadaan kes ini- fakta bahawa tulang belulang simati dijumpai di satu lokasi yang terpencil (secluded)- mustahil- verdict mati akibat kemalangan juga pada hemat Mahkamah ini dengan selamatnya boleh diketepikan- merujuk kepada Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bil. No. 2/2019- tinggal kemungkinan verdict sebagai pilihan iaitu; homicide dan verdict terbuka (open verdict)- pembuktian di dalam inkues kematian adalah di atas imbangan kebarangkalian (balance of probabilitiy)- verdict homicide adalah verdict yang melibatkan dakwaan atau alegasi yang paling serius di dalam sesuatu prosiding inkues- tanpa pengemukaan apa-apa bukti positif dan/atau keterangan lain yang lebih kukuh, konklusif atau pursuasive (di dalam kerangka imbangan kebarangkalian)- inferen ini tidak lebih dari hanya a strong suspicion (syak wasangka yang kuat) sahaja- tanpa pembuktian positif mengenai kewujudan orang lain dan peranannya, verdict homicide tidak boleh dicapai oleh coroner- Mahkamah ini telah memutuskan bahawa verdict terbuka oleh Mahkamah Koroner adalah tepat dan teratur- verdict terbuka yang diputuskan oleh koroner itu sendiri memberikan isyarat bahawa keterangan yang ada di hadapannya adalah tidak mencukupi untuk satu satu verdict lain yang diputuskan- Mahkamah menyerahkan kepada bidang kuasa dan budibicara pihak Pendakwa Raya untuk menentukan dan memutuskan perjalanan kes ini seterusnya-permohonan semakan ini adalah ditolak-keputusan verdict terbuka oleh Mahkamah Koroner dikekalkan

Judges (1)

Parties (2)

Judgment

Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.

Read on eJudgment

Source: eJudgment (pa-43-3-06-2023)