Pendakwa Raya v Kumar a/l Marimuthu

pa-43-8-11-2023 High Court (Mahkamah Tinggi) 19 May 2024 • PA-43-8-11/2023

Catchwords

kuasa semakan di bawah seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi mengenepikan perintah dan pindaan kepada pertuduhan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen (Jenayah) Georgetown dan mengembalikan pertuduhan asal dibawah Seksyen 39C ADB sebagaimana yang telah dirangka oleh pihak pendakwaan terhadap orang kena tuduh (OKT). Peruntukan seksyen 54 Akta Keterangan 1952 yang melarang pengemukaan keterangan watak buruk kecuali di dalam beberapa keadaan tertentu sahaja. Seksyen 54 Akta Keterangan 1950 adalah berteraskan kepada doktrin common law yang mencerminkan prinsip keadilan sejagat, iaitu kebersalahan seseorang tertuduh hendaklah diasaskan kepada pembuktian fakta dan bukannya kepada pembuktian karekter tertuduh tersebut.Pihak pendakwaan pula menegaskan bahawa pendedahan sabitan-sabitan lampau OKT di dalam pertuduhan tersebut adalah satu keperluan yang dituntut oleh seksyen 152 (6) KTJ. Walaupun kedudukan undang-undang adalah jelas bahawa sabitan lampau adalah salah satu bentuk keterangan mengenai watak buruk yang dihalang pengemukaannya oleh seksyen 54 Akta Keterangan 1950 kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, namun, pada masa yang sama, adalah tidak dapat dinafikan bahawa pendedahan dan pengemukaannya merupakan satu tuntutan yang perlu dipatuhi oleh pihak pendakwaan apabila mengarap pertuduhan di bawah seksyen 152 (6) KTJ. Bagi mematuhi seksyen 152 (6) KTJ ini pula, tidak boleh tidak, pertuduhan yang dirangka itu mestilah mengandungi pengataan/keterangan mengenai fakta, tarikh dan tempat sabitan lampau OKT berkenaan. Perkataan yang digunakan di dalam seksyen 152 (6) KTJ adalah; … the fact, date and place of the previous conviction shall be stated in the charge. Penggunaan perkataan ‘shall’ adalah jelas menunjukkan bahawa pematuhan (compliance) kepada keperluan menyatakan sabitan lampau dan butirannya di dalam pertuduhan yang dirangka di bawah seksyen ini adalah satu tuntutan yang wajib dipenuhi.

Judges (1)

Parties (2)

Judgment

Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.

Read on eJudgment

Source: eJudgment (pa-43-8-11-2023)