MUHAMAD SYAMERRUL IMAN BIN AZIZAN v 1. ) TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, MALAYSIA 2. ) PENGUASA, PUSAT PEMULIHAN AKHLAK, SIMPANG RENGGAM, JOHOR 3. ) KERAJAAN MALAYSIA
Catchwords
1. Ini adalah suatu permohonan oleh Pemohon bagi mendapatkan perintah writ habeas corpus terhadap penahanan beliau di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (“Akta 316”). 2. Permohonan ini pada asasnya mencabar kesahan proses penahanan dan siasatan yang membawa kepada pengeluaran perintah tahanan di bawah seksyen 6(1) Akta 316, atas alasan utama bahawa terdapat pelanggaran terhadap kehendak prosedur statutori serta hak perlembagaan Pemohon. 3. Mahkamah menegaskan bahawa permohonan habeas corpus melibatkan persoalan kebebasan asasi seseorang individu, dan oleh itu ia menuntut penelitian yang rapi terhadap pematuhan undang-undang oleh pihak berkuasa eksekutif, tanpa mengabaikan bahawa Akta 316 merupakan suatu undang-undang pencegahan khas yang digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Judges (1)
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (pb-44-18-11-2025)